Friday, 6 February 2015

Ujian Rezeki Pada Hambanya..

Di dalam kehidupan ini, bukan senang.. Sentiasa susah.. Haihhh, kenapalah aku ini hidup susah..

Pastikan ? Ini kerana Allah swt nak melihat hambaNya apakah hambaNya yakin dengan janji-janji Allah.. Apakah hambaNya terus menerus berdoa meminta padaNya ? Allah jua mahu melihat apakah hambaNya sudah berputus asa kerana hidup dalam keadaan susah.. Jangan risau, rezeki itu datangnya daripada Allah swt.. Mana tahu suatu hari nanti, dengan izin Allah, pasti akan berubah.. Lagi pun bak pepatah :

Janganlah anda berfikir derita hidup ini akan berpanjangan.. Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali

Mungkin Allah timpakan kesusahan ini bersebab.. Mungkin jua di akhirat kelak Allah swt memberi ganjaran di sana.. Kita tidak tahu.. Kerana ini semua, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

Ujian atau dugaan yang Allah timpakan kepada hambaNya adalah tarbiyah daripada Allah untuk hambaNya.. Ini untuk melihat, apakah kita ini sebagai manusia bersabar ataupun sebaliknya.. Maka dengan itu, admin berharap kalian tidak sesekali melupakan Allah swt dalam apa jua kalian sedang hadapi.. Janganlah risau di atas dugaan atau ujian diberi Allah swt.. Pasti ada hikmah disebaliknya..

Setiap yang berlaku pasti ada sesuatu.. Lagi pun Allah rencakan sesuatu itu pasti bersebab.. Kita sebagai hambaNya, janganlah lupa untuk meminta pertolongan ataupun bersyukur dengan apa yang berlaku kepada diri kita..

No comments:

Post a Comment